http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ogEbrEc_5OA

Isnin, 20 Mei 2013

CHEESE CAKE WITHOUT CREAME CHEESE


Bahan-bahan ( loyang saiz sederhana )
·         8 cheese slice(ikot la cheesedale ke ape,nak lg cheesy tambah lagi)
·         200ml susu segar
·         70gram butter
·         4 kuning telur
·         70gram atau 3/4 cawan tepung gandum atau cake flour
·         65gram atau kurang sikit 3/4 cawan gula dikisar
·         1 sudu besar essence vanilla
·         4 putih telur
Cara-cara
1.    letak greaseproof paper atau rajin sikit wat la cookies crumb sbagai base. preheat oven sampai 170degree.
2.    tuang susu segar dalam pan atau periuk dan panaskan. ambil semua cheese slice kemudian koyakkan jadi slice kecil2. kacau sampai jangan jadi berketul. masukkan pula 1 sudu besar essence vanilla
3.    bila cheese dah cair,tutup api dapur dan masukkan butter. kacau sehingga cair.
4.    dalam bekas lain,pukul 4 kuning telur bersama gula sampai kembang. kemudian masukkan mixture susu+cheese+butter+essence vanilla dalam telur yang dah dipukul
5.    dalam bekas lain lepas tu,pukul 4 putih telur guna mesin mixer tu.kalau yang takde mesin tu mcm saye yang masih student ni boleh la guna egg whisker,tapi kene pukul dengan bersemangat sikit la..heheh. pukul sampai bile kita tonggeng bekas white egg tu x jatuh
6.    bila dah siap,masukkan 1/3 dari telur putih yang da pukul2 tu ke dalam mixure tadi. kemudian,ayak 3/4 cawan tepung gandum dalam mixture.kacau2
7.    dan letakkan selebihnya telur putih tu.hati2 jangan curah terus je sebab yang akhir2 kat bawah berair.kacau2 lagi..dan siapp
8.    bakar secara bain marie iaitu loyang kek ni diletakkan dalam lagi 1 loyang yang besar sikit dan dibubuh air. bakar selama 20 minit dengan suhu 170degree.. dan perlahankan kepada 120degree selama 50 minit
9.    untuk sauce 2 saya guna jem yang terlebih.letak atas pan,kemudian tambah sikit air.kacau2...biarkan sejuk dan pekat.. dan boleh serve atas kek yang dah siap. selamat mencuba!!!
 

Kenali Jalan Hidup Saya & Keluarga


                           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
              Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Di sini saya ingin mengenalkan siapakah diri saya. Nama saya Nor Filzah Binti Mat Desa. Kelahiran saya adalah kelahiran yang ke sepuluh dalam bilangan adik beradik saya. Kalau nak senang,anak bongsu la.. Saya ada 5 orang abang dan 4 orang kakak. Kalau kira saya sekali maksudnya 10 orang le..
   Saya ni anak manje..hehe, that’s why la dapat  pegang laptop ni macam beli pakai duit sendiri. Padahal mak yang duk payah kumpul duit. Tp x semua duit dari mak, ada gak duit saya sendiri. Misalnya duit main kutu dengan kawan dr form 6 tahun 2008 sampai pertengahan  tahun 2009. Saya ingat nak beli guna duit saya sikit demi sedikit bila dah keje hari tu, tapi bila saya dah terlantar baring macam sekarang, tak de maknenye saya nak dapat gaji keje.Ada pun duit kadang2  saya dapat dari sesiapa yg dtg melawat saya. Tp x semua duit saya laburkan untuk beli laptop ni, saya perlu bahagi2kn untuk keperluan lain juga.. Separuh untuk beli ubat2 sakit. Dulu memang saya berangan bila dah dapat je job jadi agent ticketing kapal terbang dulu ,nak beli barang2 keperluan rumah. Then, sara hidup mak kemudian baru nak dirikan rumah tangga dengan hasan.Tp apa2 dlm dunia ni yang berlaku saya percaya ALLAH 2 lebih maha mengetahui..Saya  ni hanya manusia lemah yg mampu merancang dan selebihnya tuhan lah yg menentukan.>kenyataan 2 saya akur<.
Hah..mesti u all tertanya2 apa yg berlaku pd saya sampaikan terlantar baring dan x bekerja kan.. Dan lagi.. mesti juga u all hairan siapa pula lelaki bernama Hasan yg saya sebutkan tadi kan. Nk tau? Baca jom cerita selanjutnya.......

K, saya ni terlantar kerana sakit kesan kemalangan jalan raya pd tahun 2010. Akhir tahun, 17/12/2010. Bukan kemalangan yg kecil tapi besar hingga saya terpaksa bertarung nyawa dengan sakit masa 2. Saya koma 2 bulan setengah. Kemalangan saya ketika itu berlaku berhampiran Desa Petaling bersama seorang kawan bernama Hasan Azhar Bin Awang Kechik. Masa 2 hari jumaat pagi, sepatutnya saya x dapat hadirkan diri ke kelas agent ticketing hari 2  di sebabkn demam. Tetapi setelah saya fikirkan hari jumaat 2 ada final exam untuk paper stewardest, jadi terpaksa juga pergi walaupun sedikit sakit2 badan kerana rugi rasanya kalau x dpt hadir sedangkn duit kertas soalan 2 telah di byr RM565.00.
 Tempat tinggal hostel saya di Danau Kota,Setapak. Hari jumaat, sabtu dan ahad kawasan situ x ada sebarang kedai jual nasi lemak ape ntah lagi susah nak dptkan nasi lemak kampung. Hasan yg menumpangkan saya pada masa itu tolonglah carikan nasi lemak kampung yg saya inginkn sehingga terpaksa keluar dari kawasan chow kit untuk cari nasi lemak. Lagi pun biasanya saya ke kelas menaiki van yg disediakan. Tetapi disebabkan demam dan terlambat turun dari hostel pada hari 2.. So, terpaksa la saya cari jalan lain.. Bukan saya saja yg ketinggalan.. Ada 3 orang lagi yg senasib dgn saya.. Nak dijadikan cerita jalan hidup saya ni, pada hari 2 tiba2 saya teringat utk tumpang motor Hasan. Manakala Kawan2 sy menaiki teksi Pak Cik Hamid iaitu jiran sebelah rumah kami.. Dan sedia maklum bulan terakhir masing2 x dpt lg duit dr keluarga..kawan2 x cukup duit utk tambah duit saya menaiki teksi bersama mereka..kerana itulah saya menggunakan Hasan sebagai inisiatif masa itu.. Hasan 2 buah hati saya A.K.A pakwa saya.. xkan la x faham2 lg. Sebagai pakwa die mesti la tolong carikan dan cuba tunaikan keinginan saya. Tp hajat kami x kesampaian apabila mak cik yg menjual nasi lemak kat Desa Petaling 2 habis dan kami pn berpth balik ke Chow Kit sbb jam telah mnunjukkan pukul 9:25am. Sudah lah saya ketinggalan van dah 2 nak naik teksi duit pula x mencukupi. That’s why la saya tumpang naik dgn Hasan sebb dia pun ada keje dkt2 dgn kwsn saya blaja masa 2.. Dalam perjalanan Hasan hantar saya ke kelas, kami terjatuh motor and lori 3 tan telah melanggar saya. Namun kes ini di klasifikasikan sebagai kes langgar lari. Sampai sekarang x siapa menjumpai lori 2..Yg manambahkan malangnya saya ni x ada insurans hidup dan motor Hasan ketika itu x ada cukai jalan. Tidak jauh dari tempat kemalangan saya itu terdapat 2 orang polis leleki. Hanya memandang apa yg berlaku terhadap kami. Tidak menghulurkan sebarang bantuan walaupun orang ramai menjerit supaya mengejar lori yg melanggar aku td. Pemandu lain juga ada yg berhenti untuk membantu Hasan dan x kurang juga ada yg berhenti hanya sekadar memandang. Sedikit rasa kesal saya timbul terhadap segelintir manusia yg bersikap seperti mereka terhadap orang yg teraniaya seperti saya ketika itu. 
 Kemudian muncul seorang hamba Allah berhenti menghulurkan bantuan kpd kami pada saat itu. Saya di bawa oleh  pemandu teksi itu ke sebuah Hospital. Pusat Perubatan Universiti Malaya nama Hospital 2. Atau singkatannya PPUM.Saya koma lebih kurang 2 bulan setengah..
Hasan??
Hasan stay lagi ngan saya skrg ni..Saya berdoa Insya allah kekal hingga akhir hayat la kami bersama..
Hasan dan saya ada rancang nk dirikan rumah tangga, tapi.. bila makin dekat bulannya,mcm2 perkara berlaku dan dlm nk xnk saya terpksa akur.Tp saya tahu hidup saya mungkin susah bila dah kawin nnt. Belum tentu keluarga die dpt terima saya seadanya kerana fizikal saya skrg x sempurna. Kaki kiri saya di potong kudung.Kaki kiri saya terpaksa di potong untuk selamatkan nyawa saya masa koma dulu..Setelah sedar mengenai fizikal saya yg sekarang, baru timbul rasa berbelah bagi antara nk dan x nak je saya terima lamaran nikah Hasan. Wallahu a’lam..Sekarang ramai yg yakin kn saya bahawa rezeki ada di mana2 jua.Andai saya menikah dgn Hasan mungkin murah rezeki hidup kami. Tetapi seandainya, tidak..saya tetap terima jalan hidup saya. Tapi mungkin perit sebab buat masa ni Hasan masih penting buat hidup saya.
 Entahlah..mcm susah je saya nk ceritakn mcm mana keadaan antara saya dan Hasan skrg. Wallahu a’lam bisawab..Saya pun berserah je pada tuhan..Kerana saya percaya pada takdir.. Alhamdulillah sekarang saya di kurniakan  ramai anak2 saudara, kesemuanya ada 25orang. Itu semua abang2 dan kakak2 saya yg derma..;)
Anak2 sedara saya semuanya dapat membantu saya seandainya saya tidak menikah bersama Hasan.
 Mak saya juga ada cakap kalau saya x kawin dgn Hasan, saya ada abang2 dan kakak. Mak cakap mereka boleh jaga saya. Tapi bila saya fikirkan balik.. kakak dan abang saya masing2 dah berkeluarga x akan lama mereka nk jaga saya..penat kat mereka.kesian depa....
Panjang berjela saya story kan. Mesti u all nak tahu gak keluarga saya ni mcm mana dan asal dari mana kn??
Betul nak tahu??........................................
JOM...!!
Mari ikut saya rungkai cerita di sebaliknya... 
Masa mula2 td saya ada story saya ni ank bongsu drpd 10 org adik beradik kan.
Kami 10 org adik beradik ni anak kepada arwah Haji Mat Desa Bin Ahmad. Arwah Mat Desa a.k.a bapak kami ni anak tokwan kami la arwah ahmad,bapak ni pula cucu toknek wan kami iaitu arwah Yasin. Yg bernama Yasin ni di Bin kan Musa a.k.a moyang kami. Tok wan sebelah bapak ni orang gelar Tok wan Mat lembu kerana beliau menternak lembu bermula tahun 50an-1963(tahun meninggal beliau dan abang sulung saya lahir). Pak kami pula kerja dalam kampung gak sebagai petani. Tapi... ada gak kerja sambilan sebagai kontraktor..selepas 3 tahun pak dan mak nikah mereka ada buka kedai perniagaan barang2 runcit. Kemudian berhenti meniaga pada tahun 1987. Masa 2 tahun kakak saya yg ke 9 lahir.Boleh la buat duit tambah untuk perbelanjaan keluarga..lagi pun mak saya suri rumah sepenuh masa.. Mak??
Nak tau gak salah silah mak aku?? Boleh...............ke bawah sikit..
 Okey,.... Jangan terkejut ye nama mak saya Binti sama dengan  tok wan sebelah bapak..
Nama mak saya......Hjh. Rokiah Binti Ahmad. Tok wan Ahmad belah mak ni kerja JKR. Dulu x panggil JKR.. panggil..Jabatan Parit Tali Air(JPT) je..hehe..
Tok Wan ni kita orang panggil tok wan kapal..Sebab keje bawa kapal korek. Cangkul buat jalan. Keluarga belah  mak asal Parit Buntar, Perak.. Sama mcm pak kami juga.. Tapi bapak asal dari Perak, kot belah..Semanggol..
1939-Tok wan nikah dgn tok, Parit Buntar.
1947-bermastautin di Tg Karang 3 thn
1950-buka Kg Sungai Sireh..
 Mak saya ada 8 orang adik beradik, meninggal seorang dari kecil. Abdul Janil Bin Ahmad. Meninggal dunia kerana demam kuning. 
1-Haji Hasanudin Bin Ahmad,2-Hjh Rokiah Binti Ahmad,3-Haji Abu Bakar Bin Ahmad,4-Hjh Hasni Bin Ahmad,5-Abdul Janil(meninggal kecil),6-Haji abdul Halim Bin Ahmad,7-Rodziah Binti Ahmad,8-Hjh Sabariah Binti Ahmad. Ni adik beradik mak. Masih ada, sihat. 
  Adik beradik pak saya x dpt nk story sebab semua adik beradik pak dah x ada,meninggal dunia. Pak saya meninggal tahun 2005 masa 2 saya berumur 15tahun(.5-2-2005).Sekarang usia bapak kami........70 tahun kalau beliau masih ada.. Mak sekarang sudah cecah 66 tahun usianya. Mak, kami doakan umur mak di panjangkan,sihat tubuh badan dan murah rezeki bersama anak2 dan cucu2 mak.
Nak tahu salah silah adik beradik saya dengan anak sedara saya?..Boleh je.... let’s, check it out..





Seperti yang telah saya ceritakan pada permulaan cerita di atas td.. adik beradik saya ada 10 orang termasuk saya. Emak dan arwah bapak saya beruntung kerana mendapat anak sama adil bilangannya. Mana tidaknya mereka berdua di kurniakan 10 orang anak. Lelaki diwakili 5 orang dan begitu juga perempuan.
   Anak sulung di tempatkan dengan Abg Zol( Zolkafli Bin Mat Desa). Tempat kedua pula di ambil alih oleh Abang mi(Azmi Bin Mat Desa). Tempat yg ketiga diduduki oleh abg jai(Zainudin Bin Mat Desa). 
   Seterusnya tempat yg ke empat di isi oleh anak perempuan pertama. Kami gelarkannya `Kakak'..(Paudziah Binti Mat Desa). Malah anak ke enam juga di kurniakan anak dara bernama Siti Maidzon Binti Mat Desa yang biasa kami dalam keluarga gelarkan dia kak Cik. Tidak berhenti di sini saja kerana ada lagi 2 orang abang yg saya miliki. Abg izam A.K.A amchik(panggilan untuk saya). Orang cakap kalau nak tahu muka saya cm ne, ha tengok la muka dia. Arwah tok(belah mak) ckp muka saya ni sama dgn dia tapi dia ada janggut dan misai manakala saya x ada. Jantina pun lain. Nama penuh amchik Kamarulizam Bin Mat Desa. Manakala anak bongsu lelaki pula di sandang oleh Mohd Fadzli Bin Mat Desa A.K.A abg li. Abang li ni perengus orangnya. Memang saya bersyukur dia ni banyak tolong saya.. Tapi ada perkara yg tetap saya x leh nak maafkan..Apa yg saya simpan hanya mak dan Allah je yg tau..Apa2 pun Terima Kasih banyak2 Abg Li sebab banyak membantu. Hm.. Malas nak cite panjang pasal dia ni coz nanti saya sendiri yg sakit hati. Sampai sini je lah story pasal die ni! Tak nak panjang2..
     Kemudian mak dgn bapak dapat lagi anugerah dari Allah S.W.T. Mereka dapat lagi anak perempuan.. Okey, tempat sebagai anak dara yg ke tiga perempuan dari atas dan anak perempuan ke tiga dari bawah di ambil oleh kak Zihan. Nama penuh kak Zihan ni Nor Zihan Binti Mat Desa. Dalam keluarga, antara adik beradik yg sangat beruntung jalan hidupnya ada 2 orang. Mereka berdua ialah Abang Mi dgn Kak Zihan sebab mereka dapat pi blajar @ kerja di luar negara. Tidak cukup setakat itu anak2 mak. Ada 2 orang lagi.. 2orang  tu saya sendiri dengan kakak atas saya. Kak Arah atau nama penuh dia Nor Wazirah Binti Mat Desa.
   Kak Arah ni halus orangnya. Susuk tubuhnya kecil dan kurus kalau dibandingkan dgn saya. Susuk tubuhnya lebih kurang Arwah Tok kami sebelah bapak. Sering kali saudara atau kenalan keluarga kami mengatakan bahawa saya ni kakak kepada dia kerana bentuk badan saya besar dan tidak nampak seperti adik dia. Kekadang ada juga saya terasa atau terkecil hati dgn kata2 mereka. Tetapi saya telan juga apa yg orang katakan tu.. Sebab saya percaya setiap kejadian dari Allah semuanya sempurna..Walaupun ada yg di beri cacat cela ketika di Dunia, di Akhirat pasti akan sempurna. Sudah kebiasaan pada manusia tiada yg sempurna di pandangan mereka. Tetapi mereka x sedar pemerhatian mereka x sesempurna pemerhatian di mata Allah S.W.T..
    
      Anak mak dan bapak yg terakhir atau paling sinonimnya bongsu ialah saya sendiri. Nama saya Nor Filzah Binti Mat Desa. Saya ada beberapa gelaran dalam keluarga. Antaranya Acu, Anak, Adik, Acu Pizah dan Cuyet. Hehe.. Cuyet ni sebenarnya berasal dari perkataan orang banjar, curex. Dalam bahasa banjar curex ni dikenali sebagai tahi2 kering seperti tahi mata, tahi telinga, tahi hidung dan sebagainya..e...yerk..hehe. Manakala gelaran saya dalam kalangan kawan2 seperti Fiza, Pizah, Filzah, Cacing dan Bedu. Cacing ni nama saya masa orientasi form 6 tahun 2008 dulu. Time 2 saya ambil aliran Sastera Melayu. Gelaran Bedu ni pula kawan2 masih ada yg panggil sampai ke hari ni. 
   Hahaha lucu pula bila ingat cerita sekolah dulu. 
Hah! Nak tau juga ceritanya cam ne?
Yela yela.. Saya nak cerita kan la ni..
Okey kalau macam 2, look at down..

     Okey, masa 2 xde kelas. Cikgu ada la dok kat depan tengah sembang2 dgn budak2 lelaki. Dak lelaki x ramai time 2. Ada la dalam 9 orang. Budak perempuan dalam 12 orang. Dah cikgu cakap buat la hal sendiri. Kami pun buat la. Kami pun buat la. Ada yg menyanyi, melukis, cabut langsir, bersembang.. Yang bersembang ada 2 kelompok. Kelompok saya orang gelar geng Haziq. Haziq boy yg cute coz dia ni bulat n senang bergaul dgn org lagi2 orang2 perempuan. 1 lagi kelompok Iwan Fazri.. Iwan ni pandai.. Sampai cuak la budak2 perempuan dgn dia. Sebabnya dia ni pandai mengurat. Geng Haziq ni yg mana ada saya sekali kami ni suka gelak. Ada je point nak gelak. Hari2 jumpa mesti ada gelak. Kemana pergi mesti bersama. Geng kami ni terdiri drpd Haziq,Jiji, Ajis Biskut, saya(Bedu), Liliemo, Jun Jepon, Suhana Adik, fadila, Wanai, Shikin Asrama, Bibi, Afzan dan Ijan. Geng ni dalam sekolah adik2 bawah kami takut sikit sebab kami pemegang pangkat besar dalam kelab, persatuan serta permainan sekolah. Contohnya cam saya dan Liliemo merupakan Pengakap KELANA dan saya pemegang S/U Ragbi sekolah masa itu.Bangga la gak kan walaupun study kami ada yg kecundang. Tapi lepas habis sekolah ada juga yg berjaya dan dapat kerja yang bagus2. Cuma saya je tertandus pertengahan jalan macam sekarang ni. Tapi saya x putus asa lagi.. Allah pasti ada rancangan yg hebat untuk saya selepas ini.
 Eh terlajak story plak. Tadi nak cerita mengenai asal gelaran Bedu kan.
  Okey, masa tengah sembang 2 ada la student dari kelas Sains dtg kat kelas saya nak sembang sama. Budak perempuan ni nama dia Syafana. Dia cerita masa dia kat kem PLKN dulu ada la seorang budak perempuan dari Serawak bernama Mia. Budak ni malu nak sebut nama penuh.. Sebab malu kalau2 ada yg ketawa kan dia. Syafana pun pujuk elok2 supaya sebut juga nama 2.. Lastly dia pun sebut. Nama penuh dia Sameiaya Bedu. Time Syafana cerita kat kami 2 tiba2 kami rasa lucu sangat. Rasa geli2 urat perut bila dengar tone sebutan ‘Bedu’ dari cerita Syafana. Lepas 2 saya galak la dok ejek orang. Cikgu panggil la nama group kami seorang demi seorang ke depan untuk ambil paper presentation saya. Kebetulan hari 2 saya yg buat presentation. Saya ejek la contohnya nama liliemo cikgu panggil. `Liliemo'  2 nama gelaran kawan saya. Nama penuh die Nur Liyana Bt Mohammad.Cikgu suka panggil nama gelaran je. Cikgu cakap senang.
    K. Cikgu panggil ‘Liliemo’. Saya pun ikut. Liliemo Bedu. Sekali dua cikgu senyap lagi. Lepas 3 hingga 4 orang, cikgu pun geram la dgn saya. Last2 cikgu panggil saya Bedu. Lepas 2 3 hari pun panggilan `Bedu' 2 kekal pada saya malah ramai guru2 yg mengajar saya masa form 6 turut panggil saya dengan nama itu. Bukan itu saja malahan bapa angkat saya yg juga merupakan Pengetua Sek Men Keb Dato’ Harun ketika itu turut memanggil saya dgn gelaran itu.. jd, itu lah ceritanya.. hehe..
   YA ALLAH..!! Lupa plak nak story sal anak2 saudara saya at u all kan.. Okey, now...it's time..! Look down, down and down..to know what i want story 2 u all..
(sorry B.I saya tunggang langgang. Tp saya tetap mencuba kerana mencuba adalah sikap saya dari azali)
   Em....mana nak mula ye.. Hah..! K la saya bermula dgn memberitahu anak saudara saya ada 25 orang.. 15 org diwakili oleh kaum Hawa manakala selebihnya iaitu 10 org adalah kaum Adam..
    Anak  saudara saya yg 1st sebaya dengan saya.. Dia ni anak abg Zol & Kak Long.. Nama dia Hani Athirah Binti Zolkafli..Di ikuti dgn ank kedua mereka yg merupakan cucu kedua mak n arwah bapak..Himmah Amirah adik kepada Hani td.. Hani dan Himmah ni ade 5 beradik sebenarnya..3 perempuan, 2 lelaki...seorang lg perempuan Hanisah Aiman..Masa kecik Hanisah ni sakit.Die terima hati yg d derma abg sy..Hati abg sy Mohd Fadzli ade dlm bdn Hanisah skrg..Semoga mereka selamat dunia dan akhirat...Lelaki pula Husyam Adha dan Haris Adam..
Abg saya Azmi di kurniakn anak tunggal kpd mereka...Rukaini Bin Azmi...muda 3 tahub dgn saya...
Abg jai dgn isterinya pula dapat 3 org cahaya mata..2 lelaki 1 org perempuan iaitu Nazirul Mubin, Raid Afiq, Nurul Huda..
Kakak sulung saya, Paudzia pn dpt 5 org anak... semua perempuan... Nurul Izzati Akmal, Nurul Balqis a.k.a Ayu Akmal, Nurul Aishah Akmal, Nurul Atikah Akmal, Nurul Farahiyyah Akmal..kakak sy ni kesian, d takdirkn b;cerai dgn suami p'tamanya ketika Farahiyyah masih kecil...Alhamdulillah kehidupan sekarang mereka bahagia dgn kedatangan suami baru kakak, abg Ramli Bin Beton...
Kak cik, d kurniakn sepasang cahaya mata perempuan dan lelaki..Iaitu Nur Durratul Afnan & Ahmad Ziyad Zikri... Kakcik ni dpt jodoh org Beruas, Perak...Abg ipar paling saya rapat..Mudah b'gaul dgn die...
Kamarullizam Bin Mat Desa... ha yg ni abg kesygn saya...Mudah b'bincang dgn dia...dia ni terlalu baik. Sikapnye seperti arwah bapak kami...saya panggil Amchik..adik beradik lain panggil abg izam je.. Amchik ni b'kahwin tahun 1998 (saya 8 thn) dgn isterinya, Nur Hayati By Ramly..kk yati ni org Bestari Jaya yg mana masa 2 nama tempatnya Batang Berjuntai..Perkahwinan mereka menghasilkn 5 org anak yg terdiri dr 3 perempuan dan 2 org lelaki. Lebih Kurang mcm abg zol tadi kn... Yag pertama Kamalia Hanis, Kamal Hakimi, Kamal Hafiza, Kamalia Halisya, dan anak bongsu adalah Kamalia Hanani..
Abg saya Mohd Fadzli pula mendapat jodoh org dekat...dalam pekan yg sama dgn kami, Tg Karang...Tetapi lain kawasan kampungnya...Mereka berkahwin pd tahun 2006 (saya b'usia 16thn)..Dikurniakan seorg cahaya mata perempuan ketika saya masih berada dalam PPUM..Comel ank mereka..Putih...Nama  dia Ain NurFatnin Bt Mohd Fadzli...
Nor Zihan Bt mat Desa adalah kakak saya yg ketiga. Mendapat pendidikan tggi dalam B.Arab..Belajar di Mesir(Universiti Al-Azhar)..Sekarang balik Malaysia, jd guru mengajar dekat Ampang. X tahu lah ape name tempat dia mengajar 2.
Kemudian Nor Wazirah Bt Mat Desa..atas saya 3 tahun ..di kurniakan seorang juga cahay mata bernama Nurul Hayatul Husna Bt Nor Hashim...Jodoh kk rah ni dengan org Johor...Sekarang pn Menetap di Johor...Dia b'untung...Suaminya Imam masjid juga pakar motivasi...Alhamdulillah...
Dan anak mak & bapak yg akhir adalah saya...Dah b'kahwin akhir thn 2012...Di jodohkn dengan tunang saya...Alhamdulillah walaupun berkeadaan sekarang masih di beri keistimewaan oleh Allah S.W.T utk merasa beralam rumah tangga...Semoga rumah tangga kami kekal & dalam keadaan baik hingga akhir hayat saya...Amin...
ha video atas 2 memaparkan sedikit sebanyak ragam family sy....

Ahad, 19 Mei 2013

Sapa Acu

      Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulilah..Syukur dpt juga buat blog ni...dah lama cari cara nk buat blog...ha..mlm ni jmpe pn...Blog ni acu buat utk kongsi ape acu buat hari2an...& ape yg acu alami..dan Insya Allah ade rezki acu upload pic kraft acu buat utk share k..hehe...cm diary book 2...
eh lupa plak...
jom kenal sapa acu sebenarnya...
Tgk bwh baca biodata acu ye...baru leh knl...

  • NAMA; Nor Filzah Bt Mat Desa. (sdpkn nama ni...mk & arwah bpk acu bg) trima kasih mk, bpk...i love both of u ketat2..^^,
  • UMUR: Muda lg....20an...~~lalalala~~
  • TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1/10/19..(rahsia) / HOSPITAL TG KARANG, SELANGOR (atas katil tau sbb kemudahan time 2 da ade)
  • STATUS: Get married dgn.....suami i ler... (xkn suami org lain plak kn)
  • BIL ADIK BRADIK: 10 termasuk acu (5 lelaki/5 prmpuan) *acu adalah bongsu yg comel...kihkihkih~lalalalala~~
  • MAKANAN/MINUMAN KEGEMARAN: Mkn ape2 je yg halal..*Mskan dr air tgn mak tercinta*...Minum pn same je ape2 pn acu deguk bila haus(yg halal je la...*lg2 air kosong..urm...nikmat2)
  • HOBI: b'ckp byk2..*tp dgn org yg biasa n x jemu dgr la...*selalunye suami la mangsa..hehe
  • KENANGAN MANIS/PAHIT: *Manis> tdo dlm dakapan emak N bpk acu la< *Pahit> Koma krn kemlgn jln raya 2thn lps...
  • MATLAMAT: Meringankn beban fmly yg ade smpai dpt tunaikn hjt mak...
  • eh pnjg plak b'jimba acu ni...hehe...jom tgk pic kt bwh...





    yg ni semua hasil keras/kraftgn acu...dr duk umah sje...ngadap laptop free je baik buat bnda cm ni...dpt jugak jual utk org2 kt kwsn rmh sini...hehe
    ha...boleh la tgk ye...*tgk puas2...kalau x puas jugak, tgk lg, lg dan lg ye ^^,
    ok, ni 1st step acu ...nnt acu create lg k....dada...didi...dudu...