Bahan-bahan ( loyang saiz sederhana )
·
8 cheese slice(ikot la cheesedale ke
ape,nak lg cheesy tambah lagi)
·
200ml susu segar
·
70gram butter
·
4 kuning telur
·
70gram atau 3/4 cawan tepung gandum atau
cake flour
·
65gram atau kurang sikit 3/4 cawan gula
dikisar
·
1 sudu besar essence vanilla
·
4 putih telur
Cara-cara
1. letak greaseproof paper atau rajin sikit wat la
cookies crumb sbagai base. preheat oven sampai 170degree.
2. tuang susu segar dalam pan atau periuk dan panaskan.
ambil semua cheese slice kemudian koyakkan jadi slice kecil2. kacau sampai
jangan jadi berketul. masukkan pula 1 sudu besar essence vanilla
3. bila cheese dah cair,tutup api dapur dan masukkan
butter. kacau sehingga cair.
4. dalam bekas lain,pukul 4 kuning telur bersama gula
sampai kembang. kemudian masukkan mixture susu+cheese+butter+essence vanilla
dalam telur yang dah dipukul
5. dalam bekas lain lepas tu,pukul 4 putih telur guna
mesin mixer tu.kalau yang takde mesin tu mcm saye yang masih student ni boleh
la guna egg whisker,tapi kene pukul dengan bersemangat sikit la..heheh. pukul
sampai bile kita tonggeng bekas white egg tu x jatuh
6. bila dah siap,masukkan 1/3 dari telur putih yang da
pukul2 tu ke dalam mixure tadi. kemudian,ayak 3/4 cawan tepung gandum dalam
mixture.kacau2
7. dan letakkan selebihnya telur putih tu.hati2 jangan
curah terus je sebab yang akhir2 kat bawah berair.kacau2 lagi..dan siapp
8. bakar secara bain marie iaitu loyang kek ni diletakkan
dalam lagi 1 loyang yang besar sikit dan dibubuh air. bakar selama 20 minit
dengan suhu 170degree.. dan perlahankan kepada 120degree selama 50 minit
9. untuk sauce 2 saya guna jem yang terlebih.letak atas
pan,kemudian tambah sikit air.kacau2...biarkan sejuk dan pekat.. dan boleh
serve atas kek yang dah siap. selamat mencuba!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan